Apple Ipad air 2 ini mula dipasarkan di Malaysia sejak November 2014 lagi dimana ia mempunyai 2 versi model iaitu model wifi dan model wifi & cellular. Versi model wifi membolehkan anda mengakses internet menggunakan wifi sahaja manakala model wifi & cellular membolehkan anda melayari internet menggunakan wifi serta data plan melalui rangkaian perkhidmatan anda yang disokong dengan LTE dan 3g. Ipad air 2 ini didatangkan dengan tiga warna space grey, silver dan gold serta memiliki rekabentuk berukuran 240mm panjang, 165.5mm lebar dan 6.1mm tebal.Manakala berbeza dari segi berat bagi kedua-dua model iaitu 437gram bagi model wifi dan 444gram bagi model wifi & cellular.
Bila lihat ke skrinnya, ipad air 2 ini direka dengan 9.7 inci paparan skrin dimana ia dilengkapi dengan keupayaan Retina Display yang menghasilkan resolusi 2048 × 1536 pixel pada 246ppi.Serta skrin ini dipaparkan menerusi teknologi ''LED-backlit widescreen multi-touch display dengan IPS teknologi''. Ia juga dilengkapi dengan perlindungan ''scretch-resistant glass, finger-resistant oleophobic coating dan Anriteflective coating'' yang memberikan kepuasan dalam penjagaan skrinnya.
Terdapat tiga pilihan internal memory untuk ipad air 2 ini iaitu 16gb, 64gb dan 128gb .Selain itu terdapat chipset iaitu A8x serta cpu jenis triple-core padanya selain os yang digunakan ialah ios8.1 yang mana ia boleh di'upgrade' kepada ios8.1.3 disamping terdapat chip m8 motion coprocessor didalamnya memberikan kelebihan dalam pengaksesan internet yang lancar.Terbaik untuk masyarakat Malaysia yang pentingkan device yang lancar tanpa tersekat ketika mengakses internet.
Kamera yang ditawarkan pada ipad air 2 ini ialah 8megapixel Isight camera yang menghasilkan resolusi 3264 × 2448 pixels serta dilengkapi autofocus, HDR, geo-tagging, touch focus, face & smile detection, exposure control, backside illumination, Hybrid IR filter, burst mode dan beberapa lagi disamping kualiti rakaman video yang disediakan oleh Apple bagi ipad air 2 ini dengan kualiti sehebat 1080p pada 30frame per second serta rakaman slow-motion 720p pada 120frame per second yang mana rakaman videonya dilengkapi HDR, stereo sound, video geotagging, face detection dan video image stabilization.Juga tidak ketinggalan fungsi face time HD camera ataupun kamera hadapannya yang memiliki 1.2megapixel selain dilengkapi 720p (30 frame per second) rakaman video, memiliki Auto HDR photo & video, face detection, backside illuminator, burst mode , exposure control dan timer mode. Manakala sedikit perbezaan dua model wifi dan wifi+cellular pada video calling dan audio calling dimana video& audio calling model wifi hanyalah menggunakan wifi sahaja manakala model wifi+cellular boleh berhubung dengan device lain menerusi video& audio calling dengan wifi dan cellular pada device.
Juga fungsi-fungsi lain seperti sensor accelerometer, three-axis gyro , compass, barometer, touch id dan ambient light sensor disamping memiliki sistem pesanan seperti imessage, email serta push email.
Manakala browser yang digunakan adalah jenis HTML5 safari serta terbina fungsi GPS(model wifi+cellular),sambungan USB serta bluetooth. Juga tidak ketinggalan fungsi lain seperti document viewer & editor, photo viewer & editor , video&audio player & editor organizer dan banyak lagi.
Bateri yang digunakan pada ipad air 2 ini ialah jenis ''built-in'' 27.3 watt rechargeable lithium polymer battery yang mampu bertahan sehingga 10jam pengaksesan internet dengan wifi, tonton video dan mendengar muzik, 9 jam mengakses internet dengan cellular( wifi+cellular model) serta cara mengecas batery ipad air 2 ini ialah dengan menyambung kabel USB pada PC ataupun laptop.
Nikmati kehebatan ipad air 2 ini sekarang, di
PUSAT SHOPPING IPAD AIR 2 anda boleh memilih pelbagai ipad air 2 yang dijual mengikut pilihan anda seperti warna, kapasiti internal memory serta model dan disini, nikmati ipad air 2 dengan harga antara yang terbaik di Malaysia....