Tuesday, February 3, 2015

iphone 6 plus

September 2014 Apple mengumumkan 2 keluaran smartphone terbaru mereka iaitu iphone 6 dan iphone 6 plus dalam meneruskan legasi iphone dimana iphone 6 dah pun saya ulaskan serba sedikit sebelum ni. Jadi untuk iphone 6 ni tak banyak sangat untuk saya buat kan review sebab kedua-dua iphone ni memang banyak persamaan dari segi spesifikasi.Apapun jom kita tgk serba sedikit apa yang ada pada iphone 6 plus yang terbaru ni.
Perkara pertama paling ketara bila dilihat mestilah dari segi saiz skrin iphone 6 plus ini yang lebih besar dari iphone 6 dimana ia memiliki 5.5inci panjang dan 3.06 inci lebar, namun pada masa yang sama, iphone 6 dan iphone 6 plus ini merupakan model yang paling nipis dalam siri keluaran iphone berbanding sebelum.Jika dibandingkan dengan iphone 5c yang memiliki ketebalan 7.6 mm, iphone 6 plus ini hanya 7.1 mm dan iphone 6 pula setebal 6.9mm.Rekaannya yang nipis dicipta untuk memberi kelebihan ''Retina HD'' dalam skrin iphone 6 plus ini.
Skrin iphone 6 plus 5.5 inci memberikannya kelebihan dengan resolusinya yang tinggi iaitu pada 1920 × 1080 (401 ppi pixel density) berbanding iphone 6 1334 × 740(326 ppi pixel density).Skrinnya yang lebih besar memberikan kelebihan semasa pengguna menukar ke landscape view dimana ianya menjadi lebih praktikal.Landscape view membolehkan skrin iphone 6 plus ini menayangkan apps disamping icon yang ada itu ditayangkan dengan melintang dimana susunan paparan skrinnya menyamai ipad.Kemudian terdapat peranan ''Display Zoom And Landscape View'' yang hanya dimiliki oleh iphone 6 plus dan tiada pada iphone 6 yang mana ianya memberikan kepuasan bagi pengguna dengan display yang lebih besar dan jelas termasuk apps.
Iphone 6 plus ini juga pernah dikatakan sebagai smartphone yang memiliki LCD skrin yang terbaik pernah diuji.
Juga ketahanan bateri yang dimiliki iphone 6 plus ini membezakannya dari iphone 6.Iphone 6 plus mampu bertahan selama 384 jam untuk ''standby-time'',  memutar muzik sehingga 80 jam, masa bercakap sehingga 24 jam  dan tayangan video sehingga 14 jam begitu juga fungsi-fungsi lain mampu dijana lebih lama berbanding iphone 6.Juga di dalam iphone 6 plus ini terdapat ibook PDF reader yang mana ia tidak ada pada iphone 6 yang membolehkan file-file yang berformatkan pdf yang boleh dipaparkan oleh iphone 6 plus ini.

Melalui blog saya ini, apa kata bagi anda yang berminat dengan iphone 6 plus ini, dapatkannya di sini...hanya klik  GEDUNG IPHONE 6 PLUS ANDA DISINI

No comments:

Post a Comment