Wednesday, February 25, 2015

Faktor Penting Sebelum Membeli Smartphone & Tablet

Lambakkan jenama serta model smartphone dan tablet dalam pasaran kini memang tak dapat dinafikan dan yang pastinya membuat kita semua rambang mata sebab saingan dalam dunia mobile device ini memang sangat sengit malah pengeluar jenama-jenama terkemuka ini memang saling berkejar-kejaran bagi mencipta device-device tercanggih yang mampu dihasilkan..justeru, kita sebagai pengguna tak seharusnya terburu-buru dalam membuat pilihan sebab kita semestinya mahukan smartphone atau tablet yang terbaik untuk kita disamping ianya berbaloi dengan wang yang dibayar...
Macam mana pun, ini adalah beberapa faktor yang sering mempengaruhi sebelum kita membeli...

Jenama 
Kita memang tak boleh lari dari jenama-jenama yang sering melekat di minda kita dimana memang setiap hari kita tak terlepas daripada sama ada  melihat iklan di TV, internet atau seumpamanya kerana mereka mempunyai penguasaan pasaran yang besar dan apatah lagi produk mereka memang diterima ramai sebab kualiti yang dihasilkan memang tak dapat disangkal hebatnya..jenama yang dimaksudkan termasuklah Apple, Samsung, HTC, Sony Ericsson dan beberapa jenama lain lagi, begitu juga jenama-jenama baru kalau kita lihat sudah mula mendapat tempat di Malaysia ini.Kehebatan jenama-jenama yang besar lebih ketara apabila mereka mampu membuat sesuatu keistimewaan yang membezakan jenama mereka dengan jenama lain contohnya Apple yang memiliki ''Retina Display'' pada skrinnya dan Sony Ericsson yang memiliki kamera sehingga 20.7 megapixel pada model Xperia Z3 mereka...jadi jenama memang perkara utama bagi setiap pengguna...
 rekabentuk
Sekarang ini jika diperhatikan semua jenama berlumba-lumba bagaimana untuk merekabentuk produk supaya tampil menarik..yang paling ketara kini kalau kita lihat rekabentuk yang nipis memang dapat sambutan yang tinggi oleh pengguna, justeru kini sebagai contoh kalau diperhati begitu banyak model yang menawarkan rekabentuk nipis sehingga kurang daripada 1 cm yang membuatkan ianya kelihatan sangat menarik...termasuklah model-model yang menggunakan ciri-ciri logam pada badan smartphone atau tablet mereka selain model-model yang disalut ''chrome'' untuk padanan yang sempurna....banyak lagi ciri rekabentuk jika nak diperkatakan, namun yang jelas tanpa rekabentuk yang menawan pastinya model itu kurang mendapat keutamaan dipasaran....
 kemudahan perhubungan rangkaian
perhubungan sambungan kepada rangkaian seperti internet sangat-sangat menjadi sebab kenapa kita perlu beli sesuatu produk tersebut..kemudahan seperti wifi sekarang memang sangat diperlukan tambahan wujud tempat-tempat yang menawarkan wifi percuma selain fungsi wifi ini sangat mudah dalam penyambungan kepada rangkaian...begitu juga data plan yang menggunakan simkad pada device yang membenarkan pengguna meletakkan had ataupun merancang penggunaan data disamping memilih kategori data plan bergantung pada bayaran yang tertentu...namun, terdapat sesetengah device yang hanya membolehkan pengguna menggunakan wifi sahaja...apapun ianya bergantung pada keperluan seseorang dalam memilih rangkaian mereka...
kebolehan dalam menyokong teknologi software
Kepesatan teknologi dalam device seperti smartphone dan tablet hari ini membolehkan kita menikmati pelbagai kemudahan hanya di hujung jari..kalau dilihat, majoriti mobile device ini mampu mengaplikasi pelbagai software seperti ''apps''  yang begitu banyak disediakan dalam ''google play'' & ''apps store'' termasuk juga game-game 3d, PDF file reader, document viewer, music player & editor, mp4 video dan banyak lagi...menjadikannya ''all-in-one'' untuk kita...
harga yang berbaloi
Bila menyebut tentang harga, kita perlu lihat 4 aspek di atas semula...pastinya kita inginkan harga yang berbaloi atas apa yang dibelanjakan dengan ciri-ciri yang memenuhi segala yang diharapkan dalam sebuah smartphone mahupun tablet...dari ratusan hinggalah ribuan ringgit semuanya sedang membanjiri pasaran dengan pelbagai jenama serta model, namun pengguna yang bijak biasanya akan membuat sedikit 'research' dan 'survey' atas jenama dan model yang digemari selain membuat perbandingan spesifikasi dan harga...
Jadi kepada anda yang dalam dilemma ataupun sedang mencari smartphone atau tablet yang digemari,apa kata anda dapatkan ataupun survey di TEMPAT MEMBELI SMARTPHONE DAN TEBLET DENGAN HARGA TERBAIK ...

No comments:

Post a Comment