Bagi pengguna Lenovo di Malaysia model S850 ini dipasarkan sejak Jun 2014 dimana ianya mempunyai saiz 14mm panjang , 71mm lebar dan hanya 8.2mm tebal serta memiliki berat 140 gram manakala terdapat dua pilihan warna iaitu pink dan putih.Direka dengan menarik yang menjanjikan rekabentuk lebih ''stylish'' disamping rekaan luarannya yang memiliki ''all-glass exterior''.Model ini dilengkapi dengan dual-sim dimana telefon ini boleh dipasang dengan dua sim kad pada satu masa.Sedikit kelebihan bagi anda yang mempunyai nombor berlainan bagi lain-lain urusan seperti perniagaan dan peribadi atau seumpamanya.Juga kelebihan bagi penggunaan data plan yang berbeza.
Dilengkapi dengan saiz skrin sebesar 5 inci serta memiliki keupayaan 'capacitive touchscreen' dan '16 million colour', smartphone ini mampu memaparkan resolusi 720 × 1280 pixels ( pada 294 ppi pixel density). 5 inci ''Wide-View HD Screen'' yang ditawarkan ini memberikan anda kepuasan serta keasyikan tayangan HD sama ada anda sedang bermain game, melayari internet atau menonton video dengan dikuasakan oleh ''in-plane switching technology'' bagi pengalaman sudut tayangan yang lebih luas dan lebar serta lebih menghiburkan.
Lenovo S850 ini juga berplatformkan OS android 4.2 (jellybean) dimana prestasi sistem yang lebih baik dari sebelumnya serta memiliki 'multitasking' yang lebih pantas dan memberikan anda pengalaman penggunaan android lebih lancar. CPU yang terdapat pada smartphone ini adalah quad-core 1.3 GHz cortex-A7, manakala GPU nya menggunakan ''mali-400MP2'' serta memiliki chipset ''mediatek MT6582".Manakala memory bagi S850 ini adalah jenis internal dimana ia didatangkan dengan kapasiti 16 gigabyte.
Kamera pada S850 ini berkeupayaan sehingga 13 megapixel iaitu pada 4128 × 3096 pixels serta dilengkapi autofocus, LED flash, Geo-tagging, touch focus,face detection dan memiliki HDR yang mampu menangkap gambar dengan hebat dimana jua, siang dan malam. Tidak ketinggalan jugà, ia memiliki kamera hadapan sehingga 5 megapixel yang sangat jelas terutama ketika ''video chat'' seperti skype.
Juga terdapat sensor seperti accelerometer dan proximity padanya dan fungsi-fungsi lain seperti mp4&mp3 player, wav/wma/eAAC+/wmv dan H.264 player, document viewer, photo & video editor, sambungan WI-FI, GPRS, EDGE, HSDPA, bluetooth, gps,radio,sambungan usb dan banyak lagi..
Manakala bateri jenis ''non-removable'' nya mempunyai kuasa 2000 mAh yang mampu bertahan sehingga 336 jam dalam keadaan ''stand-by'', dan 13 jam ''talk-time''..
Banyak lagi yang boleh dinikmati apabila anda memiliki smartphone ini.Di LENOVO S850 SHOP , anda boleh dapatkan smartphone S850 ini pada harga antara yang terbaik......
No comments:
Post a Comment