Saturday, February 28, 2015

Miliki Iphone 6 Anda Hari Ini Disini..!!

Dapatkan Iphone 6 anda dan nikmati pelbagai fungsi-fungsi hebat yang ditawarkan oleh Apple menerusi produk smartphone terkini mereka ini..!!

* Rasai pengalaman Retina HD Display dengan resolusi menakjubkan...
* Abadikan rakaman video anda dengan kualiti 1080p...
* Nikmati fungsi HDR pada kamera untuk kualiti imej panorama yang jelas..
*Rasai fungsi ''Apple Pay'' yang terbaru dari Apple pada iphone 6 dengan keupayaan ''touch  ID'' untuk pembelian... 
 *Smartphone yang paling nipis pernah dihasilkan oleh Apple...
...dan banyak lagi tawaran untuk pengalaman yang hebat apabila anda memilikinya....
serta bergaya dengannya kemana jua anda pergi...
Bagi yang berminat, cepat dapatkannya sekarang hanya disini PUSAT MEMBELI IPHONE 6  ..

* Nikmati perkhidmatan yang terbaik dari pesanan dilakukan hinggalah barang tiba di hadapan pintu anda...Dan jika inginkan promosi smartphone / tablet yang lain jangan lupa kunjungi www.facebook.com/mobilemania9077 ...
** SEMOGA ANDA ENJOY DENGAN IPHONE 6 TERBARU ANDA **


Wednesday, February 25, 2015

Faktor Penting Sebelum Membeli Smartphone & Tablet

Lambakkan jenama serta model smartphone dan tablet dalam pasaran kini memang tak dapat dinafikan dan yang pastinya membuat kita semua rambang mata sebab saingan dalam dunia mobile device ini memang sangat sengit malah pengeluar jenama-jenama terkemuka ini memang saling berkejar-kejaran bagi mencipta device-device tercanggih yang mampu dihasilkan..justeru, kita sebagai pengguna tak seharusnya terburu-buru dalam membuat pilihan sebab kita semestinya mahukan smartphone atau tablet yang terbaik untuk kita disamping ianya berbaloi dengan wang yang dibayar...
Macam mana pun, ini adalah beberapa faktor yang sering mempengaruhi sebelum kita membeli...

Jenama 
Kita memang tak boleh lari dari jenama-jenama yang sering melekat di minda kita dimana memang setiap hari kita tak terlepas daripada sama ada  melihat iklan di TV, internet atau seumpamanya kerana mereka mempunyai penguasaan pasaran yang besar dan apatah lagi produk mereka memang diterima ramai sebab kualiti yang dihasilkan memang tak dapat disangkal hebatnya..jenama yang dimaksudkan termasuklah Apple, Samsung, HTC, Sony Ericsson dan beberapa jenama lain lagi, begitu juga jenama-jenama baru kalau kita lihat sudah mula mendapat tempat di Malaysia ini.Kehebatan jenama-jenama yang besar lebih ketara apabila mereka mampu membuat sesuatu keistimewaan yang membezakan jenama mereka dengan jenama lain contohnya Apple yang memiliki ''Retina Display'' pada skrinnya dan Sony Ericsson yang memiliki kamera sehingga 20.7 megapixel pada model Xperia Z3 mereka...jadi jenama memang perkara utama bagi setiap pengguna...
 rekabentuk
Sekarang ini jika diperhatikan semua jenama berlumba-lumba bagaimana untuk merekabentuk produk supaya tampil menarik..yang paling ketara kini kalau kita lihat rekabentuk yang nipis memang dapat sambutan yang tinggi oleh pengguna, justeru kini sebagai contoh kalau diperhati begitu banyak model yang menawarkan rekabentuk nipis sehingga kurang daripada 1 cm yang membuatkan ianya kelihatan sangat menarik...termasuklah model-model yang menggunakan ciri-ciri logam pada badan smartphone atau tablet mereka selain model-model yang disalut ''chrome'' untuk padanan yang sempurna....banyak lagi ciri rekabentuk jika nak diperkatakan, namun yang jelas tanpa rekabentuk yang menawan pastinya model itu kurang mendapat keutamaan dipasaran....
 kemudahan perhubungan rangkaian
perhubungan sambungan kepada rangkaian seperti internet sangat-sangat menjadi sebab kenapa kita perlu beli sesuatu produk tersebut..kemudahan seperti wifi sekarang memang sangat diperlukan tambahan wujud tempat-tempat yang menawarkan wifi percuma selain fungsi wifi ini sangat mudah dalam penyambungan kepada rangkaian...begitu juga data plan yang menggunakan simkad pada device yang membenarkan pengguna meletakkan had ataupun merancang penggunaan data disamping memilih kategori data plan bergantung pada bayaran yang tertentu...namun, terdapat sesetengah device yang hanya membolehkan pengguna menggunakan wifi sahaja...apapun ianya bergantung pada keperluan seseorang dalam memilih rangkaian mereka...
kebolehan dalam menyokong teknologi software
Kepesatan teknologi dalam device seperti smartphone dan tablet hari ini membolehkan kita menikmati pelbagai kemudahan hanya di hujung jari..kalau dilihat, majoriti mobile device ini mampu mengaplikasi pelbagai software seperti ''apps''  yang begitu banyak disediakan dalam ''google play'' & ''apps store'' termasuk juga game-game 3d, PDF file reader, document viewer, music player & editor, mp4 video dan banyak lagi...menjadikannya ''all-in-one'' untuk kita...
harga yang berbaloi
Bila menyebut tentang harga, kita perlu lihat 4 aspek di atas semula...pastinya kita inginkan harga yang berbaloi atas apa yang dibelanjakan dengan ciri-ciri yang memenuhi segala yang diharapkan dalam sebuah smartphone mahupun tablet...dari ratusan hinggalah ribuan ringgit semuanya sedang membanjiri pasaran dengan pelbagai jenama serta model, namun pengguna yang bijak biasanya akan membuat sedikit 'research' dan 'survey' atas jenama dan model yang digemari selain membuat perbandingan spesifikasi dan harga...
Jadi kepada anda yang dalam dilemma ataupun sedang mencari smartphone atau tablet yang digemari,apa kata anda dapatkan ataupun survey di TEMPAT MEMBELI SMARTPHONE DAN TEBLET DENGAN HARGA TERBAIK ...

Sunday, February 22, 2015

Retina Display Pada Produk Apple

Kalau kita lihat sekarang ini memang banyak model keluaran Apple yang menggunakan Retina display pada skrinnya...Jadi apakah sebenarnya Retina Display atau pun yang lebih terkini iaitu Retina HD Display ini..?? Sebenarnya Retina Display ini lebih merujuk kepada ''trademark'' bagi Apple bagi membezakan keluaran mereka dengan jenama lain dalam menerangkan tahap ketinggian ''pixel density'' dalam skrin yang mereka cipta...ini membawa maksud bahawa skrin yang dicipta tersebut memiliki tahap ''pixel density'' yang sangat tinggi yang mana ianya tidak mampu diterangkan atau dinyatakan dengan mata manusia....bermakna, resolusi yang dipaparkan di skrin lebih tinggi berbanding dengan pandangan mata manusia  ( jika mengikut teori )...atau secara ringkasnya, setiap skrin pada mana-mana device memiliki pixel density masing-masing untuk mengukur tahap resolusi skrinnya..oleh itu Retina Display ini bererti tahap pixel density tersebut telah dihasilkan oleh Apple dengan resolusi skrin yang amat tinggi lebih dari model sebelumnya dan juga kebanyakan model lain...(Namun tidak dinafikan ada pasaing mereka yang mampu melangkaui lebih dari ini )..Jadi, apakah bezanya dengan non-Retina Display pada produk Apple yang lain.....??...Jika kita singkap sedikit produk Apple sebelum ini, belum pernah ada produk dari Apple ini yang dikeluarkan dengan skrin yang kurang jelas ataupun kurang memuaskan...kerana keluaran mereka memang terkenal dengan tahap resolusi yang baik pada skrinnya.....Oleh itu, non-retina display dari Apple ini tetap baik namun jika dibandingkan apabika kita menggunakan device dari Apple yang memiliki Retina Display ini tentunya ianya lebih hebat dan gah...!!..Jadi sekarang apa pula bezanya dengan ''Retina HD Display'' yang terbaru yang dihasilkan oleh Apple..??  Retina HD Display ini sebenarnya hanya terdapat pada smartphone keluaran terbaru mereka iaitu iphone 6 dan iphone 6 plus dimana jika kita perhatikan antara perkara paling popular pada barisan model terbaru ini tentulah skrinnya yang mampu menawarkan paparan yang menakjubkan...Walaupun kedua-duanya memiliki Retina HD Display namun masih terdapat perbezaan  antara iphone 6 dan iphone 6 plus ini dimana resolusi yang dimiliki iphone 6 plus adalah lebih tinggi...Bila dibandingkan, iphone 6 memiliki pixel density yang lebih kurang sama dengan model sebelumnya iaitu iphone 5c yang hanya memiliki Retina Display...
""Sebenarnya memang terlalu banyak jika hendak menghuraikan tentang Retina Display dan Retina HD Display ini...bagaimanapun, tulisan ini adalah secara ringkas sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi dengan anda""

 Di TEMPAT BELI-BELAH RETINA DISPLAY APPLE DEVICE ini, anda boleh mendapatkan dan kemudian menikmati kualiti device idaman anda yang dilengkapi Retina Display ini...hanya klik link di atas kemudian 'search' dalam kotak carian tertera..

Wednesday, February 18, 2015

Apple Ipad Air 2 Untuk Penggemar Di Malaysia

Apple Ipad air 2 ini mula dipasarkan di Malaysia sejak November 2014 lagi dimana ia mempunyai 2 versi model iaitu model wifi dan model wifi & cellular. Versi model wifi membolehkan anda mengakses internet menggunakan wifi sahaja manakala model wifi & cellular membolehkan anda melayari internet menggunakan wifi serta data plan melalui rangkaian perkhidmatan anda yang disokong dengan LTE dan 3g. Ipad air 2 ini didatangkan dengan tiga warna space grey, silver dan gold serta memiliki rekabentuk berukuran  240mm panjang, 165.5mm lebar dan 6.1mm tebal.Manakala berbeza dari segi berat bagi kedua-dua model iaitu 437gram bagi model wifi dan 444gram bagi model wifi & cellular.

Bila lihat ke skrinnya, ipad air 2 ini direka dengan 9.7 inci paparan skrin dimana ia dilengkapi dengan keupayaan Retina Display yang menghasilkan resolusi 2048 × 1536 pixel pada 246ppi.Serta skrin ini dipaparkan menerusi teknologi ''LED-backlit widescreen multi-touch display dengan IPS teknologi''. Ia juga dilengkapi dengan perlindungan ''scretch-resistant glass, finger-resistant oleophobic coating dan Anriteflective coating'' yang memberikan kepuasan dalam penjagaan skrinnya.

Terdapat tiga pilihan internal memory untuk ipad air 2 ini iaitu 16gb, 64gb dan 128gb .Selain itu terdapat chipset iaitu A8x serta cpu jenis triple-core padanya selain os yang digunakan  ialah ios8.1 yang mana ia boleh di'upgrade' kepada ios8.1.3 disamping terdapat chip m8 motion coprocessor didalamnya memberikan kelebihan dalam pengaksesan internet yang lancar.Terbaik untuk masyarakat Malaysia yang pentingkan device yang lancar tanpa tersekat ketika mengakses internet.

Kamera yang ditawarkan pada ipad air 2 ini ialah 8megapixel Isight camera yang menghasilkan resolusi 3264 × 2448 pixels serta dilengkapi autofocus, HDR, geo-tagging, touch focus, face & smile detection, exposure control, backside illumination, Hybrid IR filter, burst mode dan beberapa lagi disamping kualiti rakaman video yang disediakan oleh Apple bagi ipad air 2 ini dengan kualiti sehebat 1080p pada 30frame per second serta rakaman slow-motion 720p pada 120frame per second yang mana rakaman videonya dilengkapi HDR, stereo sound, video geotagging, face detection dan video image stabilization.Juga tidak ketinggalan fungsi face time HD camera ataupun kamera hadapannya yang memiliki 1.2megapixel selain dilengkapi 720p (30 frame per second) rakaman video, memiliki Auto HDR photo & video, face detection, backside illuminator, burst mode , exposure control dan timer mode. Manakala sedikit perbezaan dua model wifi dan wifi+cellular pada video calling dan audio calling dimana video& audio calling model wifi hanyalah menggunakan wifi sahaja manakala model wifi+cellular boleh berhubung dengan device lain menerusi video& audio calling dengan wifi dan cellular pada device.

Juga fungsi-fungsi lain seperti sensor accelerometer, three-axis gyro , compass, barometer, touch id dan ambient light sensor disamping memiliki sistem pesanan seperti imessage, email serta push email.
Manakala browser yang digunakan adalah jenis HTML5 safari serta terbina fungsi GPS(model wifi+cellular),sambungan USB serta bluetooth. Juga tidak ketinggalan fungsi lain seperti document viewer & editor, photo viewer & editor , video&audio player & editor organizer dan banyak lagi.

Bateri yang digunakan pada ipad air 2 ini ialah jenis ''built-in'' 27.3 watt rechargeable lithium polymer battery yang mampu bertahan sehingga 10jam pengaksesan internet dengan wifi, tonton video dan mendengar muzik, 9 jam mengakses internet dengan cellular( wifi+cellular model) serta cara mengecas batery ipad air 2 ini ialah dengan menyambung kabel USB pada PC ataupun laptop.

Nikmati kehebatan ipad air 2 ini sekarang, di PUSAT SHOPPING IPAD AIR 2 anda boleh memilih pelbagai ipad air 2 yang dijual mengikut pilihan anda seperti warna, kapasiti internal memory serta model dan disini, nikmati ipad air 2 dengan harga antara yang terbaik di Malaysia....

Saturday, February 14, 2015

Fungsi HDR Pada Kamera Smartphone...

Fungsi HDR ataupun ''High-Dynamic-Range imaging'' ini sekarang kalau kita lihat memang sangat popular terutama bagi penggemar-penggemar photography ataupun mereka yang mementingkan kualiti gambar yang diambil dan yang menariknya sekarang ini sesiapa pun boleh memiliki HDR ini dengan terbinanya fungsi tersebut dalam smartphone .Jika dilihat , kebanyakan android smartphone dan iphone kini telah dilengkapi fungsi ini bagi menambahkan kehebatan pengalaman menangkap gambar bagi pengguna disamping memantapkan produk keluaran mereka. Secara ringkasnya, HDR ini merupakan satu fungsi dimana ianya mampu menghasilkan ''dynamic range'' yang tinggi untuk penghasilan imej yang lebih baik di mana HDR ini akan mengimbangi ''Dynamic Range'' tersebut dalam nisbah pencahayaan dan nisbah kegelapan dalam imej supaya terhasil imej yang seakan pandangan mata yang mana ianya lebih daripada apa yang camera biasa mampu tangkap. Kualiti HDR ini mampu untuk menyamai kualiti imej yang mampu dilakukan oleh kamera seperti DSLR dan CANON EOS..Terbaik untuk anda yang gemar mengambil gambar pemandangan alam sekitar yang indah kerana tona dalam kamera HDR ini mampu memberi kawalan yang baik terutama dalam keadaan yang terlalu terang ataupun gelap kerana fungsi ini memberi anda imej seperti mana yang anda mahukan...Bagi anda yang sukakan photography dan ingin memiliki HDR camera pada smartphone anda, saya cadangkan anda dapatkannya melalui LAMAN WEB YANG MENJUAL SMARTPHONE & TABLET DENGAN HARGA TERBAIK ...Satu tempat dimana pelbagai smartphone dengan kamera HDR dijual.....

Wednesday, February 11, 2015

Lenovo S850 Smartphone..

S850 merupakan model smartphone keluaran Lenovo yang memang tak dapat dinafikan ia antara yang tengah hangat sekarang memandangkan jumlah carian yang agak tinggi dicatat di enjin pencari google di Malaysia setiap bulan sejak dipasarkan.Melihat kepada lebih 60 000 carian setiap bulan di enjin pencari berkenaan Lenovo S850 ini, apa kata saya kongsi dengan anda sedikit spesifikasi smartphone ini..

Bagi pengguna Lenovo di Malaysia model S850 ini dipasarkan sejak Jun 2014 dimana ianya mempunyai saiz 14mm panjang , 71mm lebar dan hanya 8.2mm tebal serta memiliki berat 140 gram manakala terdapat dua pilihan warna iaitu pink dan putih.Direka dengan menarik yang menjanjikan rekabentuk lebih ''stylish'' disamping rekaan luarannya yang memiliki ''all-glass exterior''.Model ini dilengkapi dengan dual-sim dimana telefon ini boleh dipasang dengan dua sim kad pada satu masa.Sedikit kelebihan bagi anda yang mempunyai nombor berlainan bagi lain-lain urusan seperti perniagaan dan peribadi atau seumpamanya.Juga kelebihan bagi penggunaan data plan yang berbeza.

Dilengkapi dengan saiz skrin sebesar 5 inci serta memiliki keupayaan 'capacitive touchscreen'  dan '16 million colour', smartphone ini mampu memaparkan resolusi 720 × 1280 pixels ( pada 294 ppi pixel density). 5 inci ''Wide-View HD Screen'' yang ditawarkan ini memberikan anda kepuasan serta keasyikan tayangan HD sama ada anda sedang bermain game, melayari internet atau menonton video dengan dikuasakan oleh ''in-plane switching technology'' bagi pengalaman sudut tayangan yang lebih luas dan lebar serta lebih menghiburkan.

Lenovo S850 ini juga berplatformkan OS android  4.2 (jellybean) dimana prestasi sistem yang lebih baik dari sebelumnya serta memiliki 'multitasking' yang lebih pantas dan memberikan anda pengalaman penggunaan android lebih lancar. CPU yang terdapat pada smartphone ini adalah quad-core 1.3 GHz cortex-A7, manakala GPU nya menggunakan ''mali-400MP2'' serta memiliki chipset ''mediatek MT6582".Manakala memory bagi S850 ini adalah jenis internal dimana ia didatangkan dengan kapasiti 16 gigabyte.

Kamera pada S850 ini berkeupayaan sehingga 13 megapixel iaitu pada 4128 × 3096 pixels serta dilengkapi autofocus, LED flash, Geo-tagging, touch focus,face detection dan memiliki HDR yang mampu menangkap gambar dengan hebat dimana jua, siang dan malam. Tidak ketinggalan jugà, ia memiliki kamera hadapan sehingga 5 megapixel yang sangat jelas terutama ketika ''video chat'' seperti skype.

Juga terdapat sensor seperti accelerometer dan proximity padanya dan fungsi-fungsi lain seperti mp4&mp3 player, wav/wma/eAAC+/wmv dan H.264 player, document viewer, photo & video editor, sambungan WI-FI, GPRS, EDGE, HSDPA, bluetooth, gps,radio,sambungan usb dan banyak lagi..
Manakala bateri jenis ''non-removable'' nya mempunyai kuasa 2000 mAh yang mampu bertahan sehingga 336 jam dalam keadaan ''stand-by'', dan 13 jam ''talk-time''..

Banyak lagi yang boleh dinikmati apabila anda memiliki smartphone ini.Di LENOVO S850 SHOP , anda boleh dapatkan smartphone S850 ini pada harga antara yang terbaik......

Saturday, February 7, 2015

Kesana Kesini Dengan Smartphone........

Memang tak dapat nak dihitung betapa ramainya yang pakai smartphone sekarang ni.Lambakkan jenama serta model smartphone ni sekarang di mana mana pun boleh jumpa.Dari yang yang murah sampailah yang harga ribu ribu ringgit semuanya sedang membanjiri pasaran di negara ini.Sebab itu juga, majoriti rakyat malaysia dah ada smartphone .

Bila dinilai, memang device device ni sangat sangat berguna pada kita yang hidup di zaman komunikasi.Siapa tak ambil endah memang agak ketinggalan la jawabnya... Kalau kita tengok sekarang golongan bekerja pun perlukan smartphone. Contoh macam pekerja dalam organisasi, diorang biasanya akan contact guna ''whatsapp'' untuk sampaikan atau terima info baru ataupun seumpamanya.Perkara ni walaupun bukan syarat dlm organisasi tu tapi secara tak langsung dah macam satu kewajipan bahawa ''whatsapp'' ni kena ada setiap staf...

Kalau dalam hidup seharian pun, apps apps yang ada memanglah banyak membantu..Contoh macam sekarang ni ''gps'' memang jangan cerita lah, memang ramai sangat yang guna masa drive.Kewujudan ''play store'' & ''apps store'' dengan dihujani apps , game, widget dan macam macam lagi yang memudahkan lagi kehidupan. Selain tu, tak kurang juga yang tonton tv & baca newspaper guna smartphone mereka...Dan saya sendiri pon tertarik dengan ''skype'' yang ada pada smartphone ni sebab boleh buat video call dengan orang lain secara face-to-face..

Masalah sekarang ni masyarakat kita kadang kadang tersilap dengan penggunaan smartphone ni sampai jadi 'taksub' sebab terlalu seronok sampai tak peduli hal lain.Pada pandangan saya, tak salah ada gajet gajet ni asalkan ada batas dan tak jadikan alat alat ni suatu kemegahan..

Bagi penggemar penggemar smartphone sama ada yang nak memiliki atau nak 'survey' model & jenama lain, apa kata anda layari shopping smartphone dan search model atau jenama smartphone..

Tuesday, February 3, 2015

iphone 6 plus

September 2014 Apple mengumumkan 2 keluaran smartphone terbaru mereka iaitu iphone 6 dan iphone 6 plus dalam meneruskan legasi iphone dimana iphone 6 dah pun saya ulaskan serba sedikit sebelum ni. Jadi untuk iphone 6 ni tak banyak sangat untuk saya buat kan review sebab kedua-dua iphone ni memang banyak persamaan dari segi spesifikasi.Apapun jom kita tgk serba sedikit apa yang ada pada iphone 6 plus yang terbaru ni.
Perkara pertama paling ketara bila dilihat mestilah dari segi saiz skrin iphone 6 plus ini yang lebih besar dari iphone 6 dimana ia memiliki 5.5inci panjang dan 3.06 inci lebar, namun pada masa yang sama, iphone 6 dan iphone 6 plus ini merupakan model yang paling nipis dalam siri keluaran iphone berbanding sebelum.Jika dibandingkan dengan iphone 5c yang memiliki ketebalan 7.6 mm, iphone 6 plus ini hanya 7.1 mm dan iphone 6 pula setebal 6.9mm.Rekaannya yang nipis dicipta untuk memberi kelebihan ''Retina HD'' dalam skrin iphone 6 plus ini.
Skrin iphone 6 plus 5.5 inci memberikannya kelebihan dengan resolusinya yang tinggi iaitu pada 1920 × 1080 (401 ppi pixel density) berbanding iphone 6 1334 × 740(326 ppi pixel density).Skrinnya yang lebih besar memberikan kelebihan semasa pengguna menukar ke landscape view dimana ianya menjadi lebih praktikal.Landscape view membolehkan skrin iphone 6 plus ini menayangkan apps disamping icon yang ada itu ditayangkan dengan melintang dimana susunan paparan skrinnya menyamai ipad.Kemudian terdapat peranan ''Display Zoom And Landscape View'' yang hanya dimiliki oleh iphone 6 plus dan tiada pada iphone 6 yang mana ianya memberikan kepuasan bagi pengguna dengan display yang lebih besar dan jelas termasuk apps.
Iphone 6 plus ini juga pernah dikatakan sebagai smartphone yang memiliki LCD skrin yang terbaik pernah diuji.
Juga ketahanan bateri yang dimiliki iphone 6 plus ini membezakannya dari iphone 6.Iphone 6 plus mampu bertahan selama 384 jam untuk ''standby-time'',  memutar muzik sehingga 80 jam, masa bercakap sehingga 24 jam  dan tayangan video sehingga 14 jam begitu juga fungsi-fungsi lain mampu dijana lebih lama berbanding iphone 6.Juga di dalam iphone 6 plus ini terdapat ibook PDF reader yang mana ia tidak ada pada iphone 6 yang membolehkan file-file yang berformatkan pdf yang boleh dipaparkan oleh iphone 6 plus ini.

Melalui blog saya ini, apa kata bagi anda yang berminat dengan iphone 6 plus ini, dapatkannya di sini...hanya klik  GEDUNG IPHONE 6 PLUS ANDA DISINI